Monday, August 14, 2017

Allah menghitung air mata wanita.

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu, itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangan nya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi, dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu, selamanya.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang dia sayangi. Dia menjadi lemah. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan pengertian. Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu. Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah matanya, dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

FIKIRKAN.

Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, di depanmu dan keranamu.. Dia menangis bukan kerana dia lemah, dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..

Dia menangis, kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi. Lelaki, fikirkanlah tentang hal itu. Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, dan semuanya kerana dirimu, inilah waktunya melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Hanya kau yang tahu jawabannya.

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal. Mungkin akan terlambat untuk sekadar mengucap

MAAF.... Kenapa perasaan seorang wanita sangat peka.

Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan. Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya.

Suatu hari, seorang lelaki berdoa dalam keadaan marah dan emosi. Ia kesal pada pasangannya yang seringkali menangis dan memanfaatkan air mata di setiap perdebatannya. Ia bosan. Sungguh bosan. 

Tak mahu terlibat dalam emosi yang negatif, ia pun sujud dan berdoa, meminta pertolongan pada Allah. "Allah, mengapa wanita sering menangis? Aku bosan dan jenuh melihat dan mendengarnya," keluh lelaki itu.

Jawab Allah kepadanya: "Kerana wanita itu unik. Aku menciptakannya tidak sama seperti kamu.
Ia adalah makhluk yang istimewa. Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak - anakmu kelak.
Ku lembutkan hatinya untuk memberimu rasa aman. Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Ku beri naluri untuk tetap menyayangi walau dikhianati dan disakiti oleh orang yang disayangi.
Ku hembuskan kasih sayang agar ia bisa mencurahimu dengan perhatian.
Ku buat matanya lentik karena ia akan menjadi jendela kedamaian.
Ku buat senyumnya merekah seperti mahkota bunga untuk membuatmu tetap mengingat indahnya dunia.
Ku buat tangannya terampil untuk menjagamu agar tak pernah kekurangan.

Tapi jika suatu saat ia menangis... Itu kerana Aku memberikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberikan kekuatan yang baru. Bukanlah sebuah tanda kelemahan dan kekalahan."

Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan. Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Bukankah wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki? Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera? Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. Karena dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.

‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda:

“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al Hadith).

Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Kental.






Kadang Tuhan sengaja
Biar kau ulang lagi 
Kisah hidup kau seperti dulunya
Untuk kali kedua 


Bukan kerana tak cinta
Namun Tuhan itu mahu
Jiwa kau kental hadap pilu 
Walau ceritanya tetap sama begitu 

Wednesday, July 26, 2017

Rasa kan Jiwa.

Aku. 
Susah cari tuhan. 
Pejam mata ,
Rasakan jiwa ,
Yang sedang menangis. 

Baik dalam diam. 
Menyimpan segalanya. 
Pendam semua rahsia.
Yang indah diluah, 
Yang sakit disimpan .
Yang pahit.. 
Ditelan perlahan lahan. 

Tutuplah selama mana matamu. 
Andainya butir permata itu ingin menglir kluar, 
Ia akan tetap mengalir. 
Jangan pernah tertahan .
Kerana sakitnya... 
Hanya kita yang tanggung. 


Friday, March 10, 2017

Masquerade.

She puts a smile on her face,
A mask, playing a part in a masquerade.

Little do they know, she has fallen from grace,
Living a lie, with all the mistakes that she made.
Her mind was like a maze,
Her heart constantly in a race.

Her unseen wounds 
bleed silently,
As she lived her life wearily.

In a constant battle 
within her soul,
Where she was her own opponent, victory was her goal.

Though she was winning, she was also losing.
As she repented, she still kept on sinning.

She hides her face 
in the crowd,
Afraid that someday, they'd all find out.
That she, was not like what all the others see.
Merely a maiden, 
stuck in her vanity.

The day she finally 
set herself free,
From her own cages, 
and uncertainty.

She bowed down
to the Almighty He,
Only then she was 
finally, happy.


Derita.

Ada masanya segala resah harus kumuntah menjadi kata
ketika engkau menyangka hidup ini adalah sebaris perenggan aku sudahpun berpindah menjadi karangan yang tak mampu untuk kau karang

Seperti hari-hari semalam melodi yang kupersembah terlalu syahdu dan sayu
aku menjadi kuat dalam tertekan dan tabah dalam desakan

Ada tikanya segala debar terusku simpan menjadi
airmata segala resah terusku tutup di dinding jiwa
meski didalam hati perlabuhan luka-lukaku terlalu dalam 
dengan tangis semalam 

Dan kini aku terpaksa membatasi pilihan untuk menghadapi kehidupan yang entah bakal ditelan derita yang berpanjangan.

Ketahuilah tiap-tiap kesulitan ada kemudahan maka tiap-tiap kesulitan ada kemudahan; la tahzan inallah ma'ana.


Tuesday, August 16, 2016

Maafkan aku kawan.

Kawan,
Lebih dari seorang kawan
Perasaan lagi dalam
Menyakitkan. 

Bila kita memendam rasa dalam persahabatan
Bermula dari kawan
Ya, kawan. 

Maaf. 

Aku guna istilah sahabat untuk lindung rasa padanya
Kerana aku tak mahu hilang kawan hanya kerana penipuan rasa. 

Tapi,
Rasa ini menjerut aku
Berdarah sendiri hati. 

Pergi
Aku harap aku tak pernah kenal kau! 
Bukan benci,
Tapi takut yang aku pun tidak tahu kenapa. 

Jangan muncul lagi
Supaya kita tak berjumpa lagi
Maaf
Aku simpan perasaan suka ini
Aku buang,  jangan risau! 
Hiduplah dengan baik
Jangan jumpa walau dalam mimpi. 


Thursday, August 04, 2016

Kamu yang tidak.


Aku rasa, kita tidak saling jatuh cinta.
Kita, hanya dua orang yang tak sengaja dipertemukan dalam satu keadaan, lalu kebetulan bahagia berkat kehadiran masing masing. Tapi, tidak untuk lebih.

Kita, hanya dua orang yang saling membutuhkan untuk membunuh kesepian di sisi kita, lalu merasa senang kerana memiliki seseorang untuk diajak berbagi. Tapi, itu sudah cukup.

Aku, tidak memerlukan lagi jawapan atas pertanyaan “kita ini apa?”. Kamu, juga mungkin tidak pernah berniat menjanjikan “kita”. Aku, kamu, tahu itu.

Aku, mungkin sudah terlanjur jatuh sebelum kamu mencegahku. Kamu, mungkin pernah sekali saja kagum padaku. Tapi, perihal perasaan kita, biarlah kita mengetahuinya dengan cara yang paling indah.

Aku rasa, kita memang tidak saling jatuh cinta. Atau mungkin, aku saja, kamu yang tidak.